Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi komitmen penuh bahawa kesemua ahli Parlimennya akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan (Antilompat Parti).<br /><br />Menerusi satu kenyataan, Majlis Presiden PH memaklumkan telah mengadakan satu pertemuan bersama perdana menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan rang undang-undang berkenaan.
